Sunday, October 10, 2010

Apakah nasib bumi Palestin???

sepertimana y kte thu Israel laknatullah telah menjajah palestin slama 60 thun lamanya.bumi yang suci itu telah dicemari dgn pelbagai kemusnahan dan kesengsaraan, kemusnahan kepada harta benda, tempat ibadah, akhlak, perasaan, malah nyawa insan yang sudah sekian lama menjadi penghuni tetap di bumi Allah yang diberkati itu. Untuk pengetahuan para hadirin sekalian, penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB.

Umat Islam Palestin kini merintih dan menangis meminta pembelaan dari saudara seakidah sebagaimana mereka pernah merintih dan menangis apabila tentera Salib menakluki Baitul Maqdis pada 4 Julai 1099 sehingga menyebabkan 70.000 muslimin dibunuh dengan kejam tanpa belas kasihan. Kalau dulu, keadaan seperti ini akhirnya dapat diselamatkan oleh Salahuddin al-Ayyubi pada 2 Oktober 1187, iaitu setelah selama 88 tahun bumi suci ini dijajah. Tetapi kini, dimanakah Salahuddin, sebagai pembebas Palestin? Di manakah Umar al-khattab y mnjadi sebagai pembuka Palestin dan istihar bumi palestin milik islam ?. Umat Islam hari ini memerlukan jiwa seperti mereka. Jiwa umat Islam perlu dibangunkan kembali, tanpa mengira sempadan geografi atau keturunan. Jiwa umat Islam seluruh dunia wajib disedarkan sekarang ini, sebagaimana sedarnya jiwa-jiwa umat Islam Palestin untuk membebaskan Baitul Maqdis apabila Intifadhah bermula pada 8 Disember 1987. Jiwa umat Islam perlu dimerdekakan daripada perhambaan kepada hamba, kepada perhambaan hanya kepada Allah Yang Tunggal lagi Maha Perkasa.
Jadi apakah usaha kita sbg umat islam,adkh kte sgp melihat saudara seislam kte dianayai..? Peranan yang mungkin kita dapat laksanakan bagi menyatakan kebersamaan kita dengan umat Islam Palestin dan juga perjuangan membebaskan Masjidil Aqsa mlalui 3 perjuangan..

1. Mlalui pengetahuan,Kita perlu mengetahui serba sedikit tntg palestin sjarah dan latar belakang Negara trsbut dan mengetahui bahawa isu ini berkaitan dengan semua orang Islam bukan hny org arab shja.

2. Mlalui jiwa,Menghidupkan perasaan dan sensitiviti terhadap apa yang sedang berlaku di sana, merangsangkan harapan yang kuat dalam jiwa umat dengan meletakkan kebergantungan yang kuat kepada Allah s.w.t. Menghidupkan ruh jihad dalam jiwa ummah dan memerangi penyakit al-wahn yang diterjemahkan sebagai cintakan dunia serta takutkan mati.

3. Mlalui perbuatan, Menghulurkan derma dalam apa jua bentuk sekalipun untuk umat Islam Palestin melalui pintu-pintu resmi atau badan-badan NGO yang sedia ada dan diyakini. Menyokong seruan pemboikotan ekonomi ke atas barangan musuh (zionis) dan juga pendokong mereka y diseru oleh ulama islam sedunia Dr.yusof Al-qardhwi. Mengadakan pameran-pemeran mengenai apa yang berlaku di bumi Palestin, di masjid-masjid, surau-surau, dewan-dewan serbaguna atau sebagainya.Tidak mengabaikan golongan y bukan islam kerna palestin ialah isu hak kemanusiaan.

Sesungguhnya kemenangan Islam itu memang pasti akan berlaku, maka beruntunglah bagi mereka yang berusaha untuk mengembalikan semula kegemilangan Islam yang pernah dikecapi sebelum ini.

Allaahumma ya Aziz ya Muntaqim!, satukanlah hati-hati umat Islam dengan ikatan yang satu, demi mempertahankan tanah suci Baitul Maqdis. Berikanlah kepada kami kemenangan yang hakiki dan seterusnya memperoleh kejayaan abadi di Akhirat nanti. Lembutkanlah hati- hati kami untuk sentiasa menghulurkan pertolongan dan bantuan kepada saudara kami di Palestin dan jadikanlah kehidupan kami sebagai secebis perjuangan untuk membebaskan bumi yang tercinta Palestin. Jadi apakah akn jd pd nsib bumi palestin?? Tepuk dada tanyalh iman anda..wabillahi taufiq…

No comments:

Post a Comment